Bila sendirinya atau berasal dari satu isu yang

Bila
membicarakan mengenai konflik etnik, perlu difahami bahawa ia bukan sahaja
berlaku di antara etnik berlainan, tetapi juga ia berlaku di dalam satu etnik
yang sama. Ini adalah kerana di dalam sesebuah etnik itu, terdapat bebrapa
sub-kategori kecil lagi bagi sesebuah etnik yang mungkin sahaja boleh di
jadikan sebagai asas untuk berlakunya sesuatu permasalahan atau konflik.
Konflik itu sendiri, seakan menjadi salah satu ciri di dalam hubungan etnik.
Apabila membicarakan mengenai konflik, ia seakan melengkapkan karektor
psikologi ras, bangsa atau etnik.

Walaupun
konflik etnik itu bukanlah sesuatu yang dapat ditangani secara maksimal oleh mana-mana
negara, namun melalui konflik jugalah setiap kumpulan etnik itu dapat menengahkan
tuntutan mereka sama ada secara aman atau tegas, membuka perbincangan untuk
memenuhi tuntutan sesuatu etnik atau membincangkan perbezaan pendapat di antara
etnik . Amat berbeza di negara yang berada di dalam sistem autoritarian, di
mana etnik minoriti sering tidak dapat menyatakan keluhan mereka.
Keluhan-keluhan yang tidak didengar ini mungkin akan menyebabkan kekecewaan etnik
itu diikuti oleh ledakan ganas. Varshney, Ashutosh
(2007). 

Oleh
itu, perlu di fahami bahawa keamanan etnik bermaksud ketiadaan keganasan dan bukannya
bermaksud ketiadaan konflik.

Apabila
menyentuh atau memperkatakan tentang konflik etnik,  ia tidak semestinya membicarakan mengenai
pergaduhan, perkelahian, perang atau pembunuhan. Konflik dan etnik boleh
berkait apabila membincangkan mengenai hak etnik, peluang-peluang etnik dalam
ekonomi, sosial, politik dan lain-lain lagi. Namun, diantara etnik-etnik yang
ada di dalam sesbuah masyarakat setempat itu, ia lebih selesa di label dengan
konfrantasi apabila timbulnya isu dan konflik yang mungkin sahaja bukanlah
bersifat kekerasan. Perkataan KONFRANTASI itu dengan pantas akan timbul, tidak
kiralah sama ada kecil atau besar sesuatu pekara itu terjadi. Masyarakat yang
melihat isu dan konflik yang timbul, dengan pemikiran normal masyarakat akan
dengan cepat mengghukum bahawa sedang berlakunya konfrantasi apabila
kepentingan etnik berlainan di bincangkan.

Konflik
etnik selalu timbul di dalam mana-mana negara di dunia. Di setiap benua,
konflik atau konfrantasi ini akan timbul, di perbincangkan dan meletusnya
pertembungan ganas baik dari segi ekonomi, politik, agama ataupun secara
ketenteraan.

Mengambil
contoh mengenai beberapa peristiwa yang pernah berlaku di Malaysia seperti
Peristiwa 13 Mei 1963, Tragedi Kampung 
Rawa Pulau Pinang, ataupun seperti di Rusuhan Mei 1998 di Indonesia.  Kesemua rusuhan atau kejadian yang di sebut
bukanlah sesuatu yang berlaku dengan sendirinya atau berasal dari satu isu yang
remeh. Namun, ia adalah kelansungan dari sejarah, perselisihan dan dendam yang
telah lama disimpan dan sebarang insiden yang tercetus kemudian, telah
meletuskan api kemarahan yang selama ini dipendam hasil dari kekecewaan yang
cukup lama cuba disabarkan namun gagal diselesaikan oleh mana-mana pihak yang
berkenaan.

FAKTOR KONFLIK DI DALAM
HUBUNGAN ETNIK

Terdapat
beberapa punca atau pencetus kepada timbulnya konflik etnik antaranya isu
identiti atau penetuan nasib sendiri.  Hak
untuk hidup aman, selesa dan peluang untuk memperbaiki tahap hidup sesuatu
etnik itu mungkin tidak disenangi oleh etnik lain yang mungkin melihat ini
adalah sebagai satu percubaan untuk memonopoli dan meghakis hak-hak kaum yang
lain untuk menerima hak yang sama.

Selain
itu dari segi factor ekonomi.  Faktor
ekonomi telah dikenalpasti sebagai salah satu punca utama konflik etnik.  Persaingan untuk sumber yang terhad adalah
faktor umum dalam hampir semua konflik etnik. Dalam pelbagai masyarakat etnik
seperti Malaysia dan Indonesia, masyarakat etnik akan hebat bersaing untuk  harta, hak, pekerjaan, pendidikan, bahasa,
kemudahan sosial dan kemudahan penjagaan kesihatan yang lebih baik. Mengambil
contoh dari kajian, Okwudiba Nnoli (1980) yang menghubungkan faktor
sosio-ekonomi dengan konflik etnik di Nigeria. Menurut A.S. Furnival, yang
dikutip di Nnoli (1980: 72-3), “kerja-kerja kekuatan ekonomi membuat
ketegangan antara kumpulan yang mempunyai kepentingan bersaing.”         

Terdapat
juga isu perundangan dimana kita dapat lihat beberapa isu yang memerlukan
campur tangan sistem perundangan yang gagal memuaskan hati sesuatu etnik yang
di lihat mungkin seperti satu bentuk ancaman atau percubaan untuk menganiaya
mereka.

 

Faktor lain yang
mencetus kepada konflik etnik ini adalah uutonomi daerah (Thomas Benedikter –
Szekler National Council).  Perebutan
kawasan diantara etnik majoriti atau minoriti yang mana masing-masing sama ada
satu pihak cuba mempetrtahan kedualatan etnik dan rasnya dengan menjaga pusaka
tanah dan tempat; dan satu lagi etnik cuba memperjuangkan haknya untuk memiliki
sesuatu dari kawasan atau daerah yang diduduki samada untuk pusaka, ekonomi
atau sebagainya.

Di
mana-mana negara sekalipun, konflik etnik muncul sebagai akibat daripada
penafian keperluan asas akses manusia, identiti, autonomi, keselamatan dan
kesamaan, yang diperkuat  oleh peranandan
campur tangan authoritarian yang dimainkan oleh kerajaan. Penafian keperluan
asas kepada orang ramai disalam mana-mana etnik akan sedikit sebanyak bercambah
menjadi konfrantasi yang boleh melarat kepada pertempuran yang ganas.
Pengurusan konflik perlu di kaji dan di fahami dengan lebih cerdas oleh
masyarakat dan pihak berwajib yang pada masa akan dating adapat dengan lebih
bijak menerima sebarang isu etnik yang timbul dari pelbagai sumber konflik supaya
tidak berkembang dan berakhir dengan konfrantasi.

Related Posts

© All Right Reserved